Nasional

Industri perikanan negara berpotensi untuk diperkasakan pengusaha tempatan

INDUSTRI perikanan negara mempunyai banyak potensi untuk diperkasa dan dimajukan oleh pengusaha tempatan.

Dalam masa sama, semua pihak harus menerima realiti semasa industri perikanan negara sebelum perancangan terperinci dan terarah dapat dilaksanakan.

Demikian dipersembah maklumkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Raja Kahalid Raja Ariffin dalam majlis sembah mengadap perpisahan yang diadakan di Kompleks Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, Kuala Sungai Baru, Simpang Empat pada petang semalam.

Raja Kahalid akan bersara wajib pada 28 Jun ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah LKIM Perlis, Dr. Abdul Salim Haji Tajudin dan Pegawai Khas Kepada Ketua Pengarah, Lt. Ahmed Audi Azizan.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama, MAIPs dan LKIM Negeri Perlis berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dalam usaha untuk membantu para asnaf dari kalangan nelayan.

Mohd Nazim berkata perkongsian pintar antara kedua belah pihak seperti pelaksanaan program latihan, semakan data dan bimbingan usahawan boleh dijayakan untuk kebaikan para nelayan.

Abdul Salim pula memaklumkan bahawa Kuala Perlis merupakan lokasi pendaratan ikan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan kadar 30 ribu metrik tan direkodkan sepanjang tahun. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button