Mahkamahpilihan

Remaja 14 tahun cekik adik hingga maut direman tujuh hari

Pelajar tingkatan dua yang dipercayai mencekik sehingga mati adiknya berusia sembilan tahun semalam ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Julai ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyikin Rosli di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu remaja lelaki berusia 14 tahun merupakan anak sulung dari empat beradik yang juga pelajar sebuah sekolah arab berasrama di Alor Gajah dibawa ke mahkamah menaiki van polis.

Dia yang berpakaian lokap diiring polis dan tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.00 pagi.

Semalam akhbar melaporkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abangnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, Melaka Tengah di sini kira-kira pukul 12.00 tenghari semalam.

Kejadian itu dilihat sendiri oleh ibu mereka melalui kamera litar tertutup (CCTV) menerusi telefon bimbit miliknya.

Ibu mangsa yang bekerja sewaktu kejadian tersebut telah menghubungi seorang jirannya untuk membantu melihat kedua-dua anaknya itu.

Sebaik membuka pintu, jirannya itu terkejut apabila mendapati remaja lelaki berkenaan sedang mencekik adiknya yang sudah tidak bernyawa.

Jirannya bertindak menepis tangan remaja berkenaan namun ia sudah terlambat apabila adik mangsa sudah meninggal dunia. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button