Mahkamah

Rosmah terima 15 peratus daripada keseluruhan projek solar sekolah pedalaman Sarawak

BAHAGIAN KEDUA PENJELASAN KES ROSMAH

Sambungan ……

11. Setelah kedua-kedua pihak bersetuju kadar 15% peratus daripada jumlah nilai projek tersebut, untuk diberikan kepada Rosmah Mansor sebagai sumbangan membantu mendapatkan kelulusan projek tersebut.

Rizal bawa Saidi dan Rayyan berjumpa dengan Desmond (rakan rapat Rosmah dan Najib) seperti arahan Rosmah.

Perjumpaan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan bagaimana *cara terbaik untuk menerima sumbangan daripada Saidi (Jepak Holdings).*


12. Desmond pula meminta pertolongan daripada rakannya, Lawrence Tee mengenai perkara ini.

Lawrence Tee mencadangkan agar menggunakan satu Syarikat dari Taiwan, yang akan bertindak sebagai Syarikat Consultant kepada Jepak Holdings untuk projek tersebut.

Sebarang pembayaran (contribution) boleh disalurkan melalui Syarikat ini.

Satu Perjanjian 4 muka surat dibuat, dimeterai dan ditanda tangan antara Jepak Holdings dengan Syarikat Lucky Victory Limited (Taiwan), bersetuju agar pembayaran konsultan 15% peratus dibayar kepada Syarikat Lucky untuk Projek Solar Hybrid Kementerian Pendidikan tersebut yang bernilai RM1.25 bilion ringgit.

13. Pada 8 Jun 2016, Mahdzir Khalid menerima minit dan arahan kedua daripada PM Najib Razak. Minit PM berbunyi, *” Sila laksanakan seperti minit saya dulu. “*

Mahdzir tiada pilihan apabila menerima minit kedua daripada PM Najib kerana ini adalah kali pertama Mahdzir menerima arahan dan kelulusan untuk projek Solar Hybrid tersebut, sebanyak 2 kali.

Maka, Mahdzir pun minitkan surat tersebut kepada KSU Kementerian Pendidikan dengan ayat, *”Setuju dilaksanakan seperti arahan YAB PM. Sila segerakan kertas untuk Kem. Kewangan dengan kadar segera.”*

14. Kementerian Pendidikan tiada pilihan, Kementerian teruskan memproses cadangan Syarikat Jepak Holdings tersebut untuk dihantar kepada Kem. Kewangan, untuk kelulusan.

15. Mahdzir Khalid pada bulan Jun 2016 itu dapat berjumpa dengan PM Najib Razak.

Mahdzir cuba mencadangkan kepada Najib agar mengunakan *Kaedah Open Tender* (tender terbuka) untuk Projek Solar Hybrid tersebut, bukannya direct nego (runding terus) dengan Syarikat Jepak Holdings.

Najib tidak bersetuju dengan cadangan ini dan arahkan Mahdzir mengikut sahaja arahan beliau yang terdahulu (iaitu rundingan terus dengan Jepak).

16. Mahdzir juga teringat kepada satu incident yang berlaku di Kediaman Najib pada 8 Jun 2016.

Rosmah Mansor bagi tahu Mahdzir, *”You tengok la projek solar Cikgu Aazmey (SU UMNO Bahagian Pekan). Cepatkan sikit.”*

Pertuturan dari Rosmah kepada Mahdzir ini, menguatkan saranan awal Saidi bahawa Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri), berada di dalam pasukan Saidi untuk Projek Solar Hybrid tersebut.

17. Seterusnya, Rizal (Pegawai Khas Rosmah) aturkan Saidi dan Rayyan untuk berjumpa dengan Dato’ Othman iaitu Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan.

Saidi dan Rayyan membawa satu lagi surat yang telah diminitkan oleh PM Najib Razak yang berbunyi, *”Y.Bhg. Dato’ Othman, Bersetuju diluluskan Runding Terus berdasarkan penjimatan kos. Sila uruskan segera.”*

Perjumpaan ini berlaku pada bulan Ogos 2016 di Kem. Kewangan.

Dato’ Othman tidak bersetuju dengan cara ini dan menyatakan bahawa *”Dia berkhidmat untuk Rakyat (public), bukan untuk Ahli Politik.”*

Saidi dan Rayyan amat terkejut dengan kenyataan dan layanan Dato’ Othman dan mengadu kepada Rizal.

Rizal laporkan perkara ini kepada Rosmah dan maklum kepada Rosmah bahawa Othman tidak menghormati Rosmah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri.

18. Beberapa hari selepas perjumpaan tersebut, Rosmah bagi tahu kepada Rizal bahawa *”Aku dah cakap dengan laki aku dah.”*

Beberapa hari selepas itu, Kementerian Kewangan meluluskan permohonan daripada Kementerian Pendidikan untuk menjalankan projek tersebut secara runding terus dengan Syarikat Jepak Holdings.

Kementerian Pendidikan pada 29 Ogos 2016 mengeluarkan Surat Niat (letter of intent) kepada Syarikat Depak.

Saidi dan Rayyan masih tidak puas hati kerana mereka mahukan Surat Kelulusan Projek (A letter of Award).

Mereka pergi mengadu kepada Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid.

Mahdzir kata, prosedur Kementerian perlu diikut.

19. Saidi dan Rayyan sekali lagi dapatkan minit daripada PM Najib Razak untuk projek ini, yang berbunyi *”Sila keluarkan SST (LOA – Letter of Award) untuk projek berdasarkan surat Jepak Holdings dengan segera.”*

Mahdzir Khalid jumpa PM Najib Razak pada 9 November 2016, menasihatkan PM agar Surat kelulusan projek ini ditangguhkan buat sementara kerana ada beberapa perkara yang Syarikat Jepak dan Kementerian Pendidikan belum penuhi.

PM Najib Razak tidak mempedulikan nasihat ini dan mengarahkan Mahdzir untuk ikut arahan untuk teruskan projek tersebut.

Mahdzir Khalid merasakan dirinya tiada pilihan lain, selain daripada mengikut arahan Perdana Menteri.

20. Akhirnya pada 10 November 2016, Kementerian Pendidikan mengeluarkan Surat Kelulusan (Letter of Award) kepada Syarikat Jepak sebagai Kontraktor Projek Solar Hybrid melibatkan 369 Sekolah Luar Bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion ringgit.

BERSAMBUNG …..

(Visited 409 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button