Mahkamah

Guan Eng dituduh terima suapan RM3.3 juta

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dituduh menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Guan Eng dituduh menerima suapan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli untuk dilantik bagi melaksanakan projek yang bernilai RM6.3 bilion itu.

Bekas menteri kewangan itu dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum itu Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen pada pukul 8.50 pagi bersama ahli keluarganya termasuk ibu dan bapanya yang merupakan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Turuh hadir isterinya, Betty Chew dan anak mereka, Marcus Lim.

Isnin lalu Setiausaha Agung DAP itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Zarul Ahmad.

Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng juga akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama bagi kes berlainan pula.-SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button