MahkamahNasionalNegeri

Bekas tentera dihadap tuduhan bunuh isteri

SEORANG bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, seorang jururawat desa yang bertugas di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Padang Nyu, Arau, pada 30 November lalu.

Tertuduh, Indera Zailan Mohd Sani, 38, mengaku faham setelah dibacakan kertas pertuduhan ke atasnya.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali memutuskan kes disebut semula pada 17 November depan bagi serahan dokumen bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal dan dibantu Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili Peguam Hari Prassaad Rao.

Mengikut fakta kes, tertuduh pada 29 November pada pukul 10 malam hingga 30 November lalu pada pukul 6.55 pagi di alamat No 2B, Batu 3/4, Jalan Padang Nyu, Arau, telah membunuh Munirah Abu Bakar, 31.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman mati madatori, jika sabit kesalahan.

Pada hari kejadian, sebelum menyerah diri di pos pengawal Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, tertuduh dikatakan telah menghantar dua anaknya yang berusia 8 dan 6 tahun ke rumah pengasuh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa berkata, kedua anak itu kini dalam jagaan ibu saudara sebelah emak mereka mengikut perintah Orang Yang Layak dan Sesuai. – SM

BACA Bekas tentera didenda RM20,000 tembak kucing jiran

BACA Bekas tentera tikam isteri sampai mati direman seminggu

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button