fbpx
Nasional

Pondok jadi ‘port’ penjenayah

POLIS menahan tiga orang penjenayah di dalam sebuah pondok yang terletak di Jalan Sierramas Utama, Sungai Buloh, Petaling Jaya Selangor.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tiga lelaki berusia lingkungan 38 hingga 44 tahun ditahan.

BACA> Pemandu didakwa mabuk rempuh kedai roti canai

“Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pecah masuk tapak pembinaan Apartment Suasana Damansara Damai, Petaling Jaya.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati dua daripada suspek terlibat dengan pelbagai kes jenayah termasuk dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


PECAH RUMAH
Antara barangan yang rampasan yang dipercayai digunakan suspek untuk kegiatan jenayah. – Gambar IPD Petaling Jaya

Menurut Nik Ezanee, seorang daripada suspek juga dikehendaki berkaitan dengan satu laporan polis dibuat di Jasin, Melaka.

Jelasnya, selain tangkapan, pihaknya turut merampas pelbagai barangan di dalam pondok tersebut yang disyaki digunakan semasa melakukan jenayah.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

>BACA Datuk Seri mangsa culik ditemukan maut

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk melihat penglibatan suspek terutamanya dalam kes pecah masuk tapak pembinaan di sekitar daerah Petaling Jaya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button