MahkamahNasionalNegeri

Bekas tentera didenda RM20,000 tembak kucing jiran

SEORANG bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka selepas mengaku bersalah menembak seekor kucing jirannya dengan senapang angin tahun lalu.

Aziz Tambi, 63, didakwa melakukan penganiayaan terhadap haiwan itu dengan menyebabkan penderitaan tidak sepatutnya terhadap kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembaknya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai di Melaka Tengah kira-kira pukul 2.30 petang, 18 Jun 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang membawa denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak bertindak terburu-buru.

Peguam Ishak Mohd Kari yang mewakili Aziz bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh pernah berjasa kepada negara dan menerima pingat penghargaan, selain tindakan itu diambil kerana lama bersabar dengan jirannya.

Hakim Darmafikri Abu Adam memutuskan denda RM20,000 atau penjara enam bulan, jika gagal bayar denda. – SM

BACA Warga emas didakwa tembak mati kucing jiran guna senapang angin

BACA Cik Potek kucing “mat rempit” yang setia

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button