MahkamahNasional

Isu air: Putra saman kilang, agensi kerajaan ambil pengajaran

AGENSI kerajaan digesa mengambil pengajaran terhadap penfailan saman yang dibuat arti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berhubung pencemaran air di Selangor.

Penfailan saman itu dibuat pada pukul 1.52 petang tadi dengan membawa senarai 17 orang sebagai plaintif termasuk Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali.

Oleh demikian, agensi kerajaan digesa mengambil pengajaran terhadap saman tersebut susulan kewujudan kilang yang menyebabkan pencemaran di Sungai Gong wujud sejak 2014.

Ini kerana, Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilihat alpa terhadap kewujudan kilang tersebut.

Malah, Putra turut mendakwa kemungkinan terdapat ratusan lagi kilang haram wujud di negeri ini perlu diambil tindakan segera.

“Ini adalah julung-julung kalinya pihak yang terkesan daripada isu alam sekitar menfailkan saman untuk menuntut ganti rugi kepada pihak bertanggungjawab di mahkamah.

“Ini adalah saman pertama terhadap syarikat, kita mengkaji juga kemungkinan saman kepada PBT, kerajaan negeri, agensi air dan sebagainya.”

Demikian kata Naib Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada satu laporan daripada portal Sinar Harian mengenai penguatkuasaan PBT terhadap kilang terbabit di Selayang.

Menurutnya, beliau kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tidak bertindak tegas menyerbu kilang berkenaan.

Sebaliknya, pihak penguatkuasa MPS pulang selepas melihat pintu kilang tersebut ditutup ketika mereka tiba di sana.

“Contohnya seperti hari ini, pemilik kilang enggan buka pintu pagar.

“Tiga hingga empat kali katanya penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pergi serbu kilang itu, hanya sebab tak buka pagar mereka balik macam itu sahaja.

“Adakah ini cara agensi penguatkuasaan kita bekerja. Kalau begitu, semua kilang haram dan yang membuat jenayah dia sudah tahudah SOP.

“Tutup sahaja pagar, letak anjing dua, tiga ekor dekat luar, penguatkuasa semua tak datang,” tegasnya.

Terdahulu, Putra mewakili plaintif bertindak menyaman kilang yang menyebabkan pencemaran, Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd.

Pencemaran tersebut menyebabkan jutaan penduduk di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sejak Jumaat lalu.

Berdasarkan fakta kes, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini memaklumkan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dan Rantau Panjang akibat pencemaran terhadap sumber air mentah.

Susulan itu, sebanyak 1,292 kawasan dilaporkan terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual.

Malah minggu lalu, empat pengarah daripada kilang terbabit ditahan reman untuk disiasat dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button