fbpx
Politik

Calon PM Bersatu, Muhyiddin sedia terima UMNO – Tun M

PERDANA Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia bekerjasama dengan UMNO dalam Kabinet sekiranya dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8.

Menurut Dr. Mahathir beliau telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan UMNO namun Muhyiddin mempunyai pendekatan yang berbeza.

“Kita juga ada berbincang kemungkinan Muhyiddin mungkin jadi calon (Perdana Menteri). Jika semua memilih calon yang sama saya okay.

“Saya sudah tentu tidak akan terima UMNO sebagai parti komponen. Saya boleh terima ahli yang tidak dikaitkan dengan UMNO sebagai parti.

“Tetapi Tan Sri Muhyiddin lebih releks tentang isu ini. Dia bersedia untuk menerima mereka sebagai en-bloc,” kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar sebentar tadi.- SM


 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button