fbpx
Politik

PN harus nasihat kaki pukul masing-masing

MASING-MASING parti di dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya UMNO, Pas dan Bersatu mempunyai kaki pukul.

Kaki pukul paling power ialah dari Bersatu dan timbalan kaki pukul ialah dari Pas.

Timbalan kaki pukul Pas pula mempunyai timbalan juga di dalam Pas.

Kaki pukul di dalam UMNO pula telah lumpuh sama sekali apabila telur masing-masing telah dipicit.

Satu demi satu fail kes daripada AMLA sampailah kes lembaga hasil dikorek bagi memicit sehingga tidak mampu bersuara kesakitannya.


Jadi jika mahu PN dan Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan sebagaimana disarankan oleh Zahid Hamidi kaki-kaki pukul ini perlu dinasihatkan dahulu.

Di dalam satu saf pun mereka saling picit telur. Itu menyebabkan UMNO mencari sumber kekuatan lain dengan mengugut bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.

Bab bekerjasama dengan Anwar bukan masalah besar, tetapi masalah besarnya ialah terpaksa bekerjasama dengan DAP.

Saya pernah melihat dan terlibat perbincangan politik, UMNO memang tidak mahu bekerjasama dengan DAP.

Jika UMNO berkeras untuk bekerjasama dengan DAP, mereka akan kehilangan sokongan di peringkat akar umbi.

Pas pula pastinya tidak akan menyertai pakatan dengan Anwar kerana di situ ada Amanah iaitu serpihan Pas.

Jadi solusi yang ada ialah kekal kompak PN dan MN dan jalan terus.

Show More

Related Articles

Back to top button