Politik

Muhyiddin sahkan Bersatu sertai Muafakat Nasional

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengesahkan parti itu akan menyertai Muafakat Nasional.

Dalam perutusan khas sempena persidangan Angkatan Muda Bersatu (ARMADA), Srikandi dan Bahagian Bersatu yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasminya,  hari ini, Munyiddin berkata, penyertaan itu akan dimuktamatkan dalam masa terdekat.

Muafakat Nasional ketika ini merupakan gambungan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional. Tegas beliau langkah tersebut merupakan pilihan terbaik kepada parti tersebut.

“Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita.

“Dengan terbentuknya penyatuan antara Bersatu, UMNO, Pas dan parti-parti lain dalam kerajaan PN, sebahagian besar sokongan rakyat sudah pun berada di pihak kita.

“InsyaAllah, penyatuan dalam jemaah besar ini akan mewujudkan kestabilan politik negara yang pastinya memberikan limpahan nikmat keamanan, keharmonian dan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Serentak itu beliau mengingatkan ahli parti di akar Bersatu untuk menyubur dan mengukuhkan hubungan dengan parti rakan dalam MN dan Perikatan Nasional dari semasa ke semasa.

Beliau yakin Bersatu akan dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dan kukuh dengan parti-parti rakan dalam Muafakat Nasional dan tidak menafikan bahawa proses berkenaan akan mengambil masa.

“Beberapa persetujuan utama sudah dicapai dalam pertemuan ini yang saya percaya akan memperkukuhkan lagi kedudukan Bersatu dan parti-parti rakan yang lain dalam PN,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin berkata, keahlian Bersatu kini mencecah lebih 420,000 orang di seluruh negara. Parti itu juga mempunyai 197 Bahagian dan 2,950 cawangan yang berdaftar.

Menurutnya, pencapaian berkenaan amat membanggakan memandangkan Bersatu ditubuhkan tidak sampai tiga tahu.

“Ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan dalam tempoh yang singkat. Untuk bergerak ke hadapan, sudah pastilah parti perlu menambah jumlah keahlian dan cawangan.

“Ini pastinya akan memperkukuhkan lagi parti kita. Jadikan penambahan ahli dan cawangan sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) setiap Bahagian,” kata Muhyiddin.-SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button