fbpx
Politik

Muhyiddin pecat Marzuki, Akramsyah Muammar Ubaidah

SELEPAS krisis keguguran keahlian Pengerusi Bersatu dan empat lagi ahlinya, kini dua lagi ahli Bersatu dipecat yang berkuatkuasa serta-merta.

Dua ahli tersebut ialah bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.

Surat pemecatan yang bertarikh 2 Jun itu dilihat dikeluarkan dan ditandatangani Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam surat pemecatan Marzuki, dinyatakan bahawa Marzuki diberhentikan dari menjawat jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Pulau Pinang.

Manakala Akramsyah pula diberhentikan dari menjawat jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (lantikan).

Walaubagaimana pun, kedua-dua surat tidak menjelaskan sebab pemecatan keahlian dua ahli tersebut.

Minggu lalu, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat bersama-sama empat lagi Ahli Parlimen Bersatu.

Mereka antaranya Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah; bekas Ahli Majlis Tertinggi (MPT) yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik dan bekas Ketua Armada dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun selepas itu, dilaporkan kelima-lima ahli itu tidak dipecat sebaliknya digugurkan keahliannya.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button