Politik

Pelanggan keutamaan kualiti perkhidmatan selain produk – Raja Muda Perlis

Salah satu daripada pra-syarat kepada pencapaian kualiti ialah mengutamakan pelanggan. Daripada mode pentadbiran yang lebih menumpukan kepada kuantiti produk, kini pentadbiran bersifat lebih menumpukan kepada kualiti produk dan perkhidmatan.

Untuk mencapai tujuan tersebut, bentuk perancangan dalam pentadbiran perlu bersifat strategik sesuai dengan keperluan semasa dan lebih bersifat jangka panjang.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat MAIPs Bilangan ke 5 bagi tahun 2021 yang diadakan secara digital pagi tadi.

Menurut Tuanku Raja Muda, tumpuan dalam pelaksanaan pentadbiran berubah dari masa ke semasa. Misalnya pada tahun 60an dan 70an yang lalu, tumpuan dalam pentadbiran adalah lebih kepada kecekapan sehinggalah dikenali sebagai era efisiensi. Manakala pada tahun 80an pula tumpuan diberi kepada faktor kualiti dan tahun 90an dan seterusnya tumpuan diberi kepada faktor inovasi sesuai dengan era globalisasi.

Walaupun globalisasi secara ringkasnya adalah pembaharuan dalam ekonomi tetapi proses yang dilalui tidak dapat lari dari melibatkan fungsi pentadbiran sama ada pentadbiran untuk sektor awam mahupun swasta.

Tambah baginda, perbezaan tumpuan manusia dalam mencapai tujuan kemajuan telah menyebabkan perkembangan yang begitu pesat dalam pentadbiran khususnya pentadbiran swasta dalam dekad ini.

Pelbagai perubahan ke arah melahirkan pentadbiran pengurusan yang terbaik juga telah disarankan oleh pakar sosiologi pentadbiran termasuklah perubahan ke arah efisiensi, efektif, akauntabiliti dan transperansi. Kesemua perubahan ini didorong oleh satu tujuan utama iaitu menghasilkan pentadbiran yang berkualiti ke arah pencapaian objektif organisasi tanpa mengabaikan keperluan dan kepentingan pekerja atau penjawat awam itu sendiri.

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button