fbpx


Nasional

Muhyiddin bagi amaran tegas kepada netizen

Penyebaran berita palsu coronavirus di media sosial

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN sekali lagi mengingatkan warga netizen agar jangan menyebarkan maklumat palsu dan tidak benar berkenaan dengan coronavirus.

Beliau berkata, dalam  keadaan hari ini, jangan ada pihak yang menyebar berita palsu di media sosial kerana itu tidak baik.

Katanya lagi, perbuatan menyebar berita palsu atau maklumat yang tidak betul di media sosial membangkitkan rasa panic, termasuk penyebaran gambar yang mana netizen yang menyebarkannya sahaja yang tahu apakah tujuan dilakukan perbuatan itu.

“Dua agensi iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk mengawal selia dan mengambil tindakan terhadap netizen yang tidak bertanggungjawab.


“Setakat ini tujuh kes telah diambil tindakan kerana mereka didapati menyebarkan maklumat palsu di media sosial berkenaan dengan coronavirus,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara live oleh portal berita Malaysia Gazette sebentar tadi.

Kata Muhyiddin lagi, kawalan coronavirus setakat ini berjalan lancar dan semalam, di mesyuarat telah melaporkan tindakan seturusnya yang diambil oleh Jabatan Imegresen Malaysia untuk tidak membenarkan pelawat dari provinsi Wuhan, China memasuki negara kita.

Tambahnya lagi dalam sidang akhbar, sebanyak 28 orang warga Wuhan yang sampai di lapangan terbang, telah dihantar balik ke tempat asal mereka dan tidak dibenarkan masuk.

“Penghantaran balik warga Wuhan yang tiba di lapangan terbang, dibuat mengikut SOP sedia ada, sedia pakai. Apabila mereka masuk, pihak imegresen akan semak passport dari mana asal mereka. Kalau asal dari Wuhan, imegresen menerima arahan untuk tidak membenarkan mereka masuk dan hantar pulang ke negara asal,” jelasnya.

Virus berjalan lancar. Semalam di mesyuarat telah melaporkan tindakan seterusnya yang diambil jabatan imegresen Malaysia tidak benarkan pelawat dari wuhan dan provinsi .. 28 julai warga wuhan sampai di airport. Dihantar balik ke tempat asal mereka dan tidak dibenarkan masuk. Sop sedia ada dan sedia pakai, mana mana sempadan, di lapangan terbang.

Dalam keadaan situasi agak kritikal, tegas Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri, jangan main-main berita palsu.

“Gambar yang dimasukkan tak betul (di media sosial), kita ambil tindakan tegas,” katanya. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button