Luar Negara

Nupur Sharma Dan Naveen Jindal, Dua Ahli Politik India Hina Rasulullah SAW!

Malaysia mengutuk kenyataan dikeluarkan dua ahli politik India yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Susulan itu, Kementerian Luar sudah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang tadi bagi menyampaikan sangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan berkenaan.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

“Malaysia meminta India bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat,” kata kenyataan dikeluarkan kementerian itu, semalam.

Malaysia bersama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik daripada parti pemerintah India yang didakwa menghina Islam, baru-baru ini.

Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP), kelmarin, menggantung jurucakapnya, Nupur Sharma yang didakwa membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen dan Naveen Jindal atas komennya dalam media sosial.

(Visited 502 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button