Bola SepakPendidikanSukan

MSUMC, FAS jalin kerjasama teroka bidang perubatan serta pemulihan kesihatan dan sains sukan

MSU Medical Centre (MSUMC) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam membentuk jaringan kerjasama dan kolaboratif pintar bagi bidang perubatan serta pemulihan kesihatan di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden FAS, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.  Turut hadir ialah Pengasas dan Presiden MSUMC, Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid; Setiausaha Agung FAS Muhammad Izrin Nabil; Ketua Pegawai Eksekutif MSUMC Zahri Abd Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon; Pengarah Perubatan MSUMC Profesor Dr Badrisyah Idris serta Pengurus Selangor MAC Mimi Afzan Afza.

MoU berkenaan secara khususnya melibatkan penajaan MSUMC bernilai RM200 ribu keatas pasukan futsal negeri Selangor,MAC yang terlibat dalam Malaysian Premier Futsal League (MPFL 2023).  Bidang kerjasama tersebut diantaranya melibatkan aspek pemeriksaan kesihatan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan, konsultansi perubatan dan pemulihan, perkhidmatan ambulan melibatkan perlawanan home Malaysia Premier Futsal (MPFL) dan Malaysia Cup 2023 (MC), sokongan pegawai perubatan, konsultansi dan rawatan pergigian, penggunaan pusat fisioterapi serta sokongan bagi pemain dan staf FAS untuk menyambung pendidikan lanjutan mereka samada diperingkat pasca siswazah dan prasiswazah di Management and Science University (MSU)

Melalui MoU ini juga akan menyaksikan FAS melalui Selangor MAC memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan pasukan futsal MSU yang bakal menyertai Liga Super Futsal IPT 2023 khususnya dalam penggunaan fasiliti, latihan serta perkongsian kepakaran.

Justeru, jalinan kerjasama antara MSUMC dan FAS merupakan usaha penting dalam meningkatkan prestasi dan pembangunan pasukan futsal MAC Selangor dimana MSUMC dapat menyalurkan ilmu kepakaran bagi memastikan aspek kesihatan dan kecergasan para pemain berada pada tahap optimum.  Ianya juga membolehkan FAS dapat membentuk pasukan futsal yang berdaya saing di peringkat serantau

Kerjasama dengan FAS ini juga menyaksikan MSU melalui International Medical School (IMS), Faculty Health and Life Sciences (FHLS) dan School of Education and Social Sciences (SESS) akan berkongsi kepakaran dalam bidang Sains Sukan, Perubatan Sukan, Pengurusan Hiburan dan Rekreasi, serta Pendidikan Fizikal.

Artikel Berkaitan > MSU semarak kolaborasi kebudayaan Malaysia dan Uzbekistan

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button