Travel

Miss Kebaya Malaysia (MMK) sasar ke Shanghai untuk memperkenalkan tradisi pakaian

Selepas mendapat sambutan yang baik dan galakkan dari orang ramai untuk promosi karnival Kebaya Malaysia 2022, kini sekali lagi Miss Kebaya Malaysia (MMK) bakal mengadakan acara tersebut buat kali kedua sekali gus bakal menjadi acara tahunan.

Menurut penganjur MMK, Dr Jason, Hari Kebaya Kebangsaan akan disambut setiap tahun bagi menegaskan komitmen negara terhadap kebaya Malaysia, warisan budaya yang mesti dikekalkan sebagai identiti negara.

Penganjur MMK, Dr Jason

“Dengan menyatukan orang ramai, aktiviti kebudayaan seperti karnival, forum, pameran, bengkel mewujudkan perpaduan dan perpaduan sosial, memupuk ke terangkuman sosial, pemerkasaan komuniti, dan pembinaan kapasiti, dan meningkatkan keyakinan, kebanggaan sivik dan toleransi.” Katanya.

Acara tahunan ini akan menandakan sambutan hari untuk Kebaya, yang dicadangkan oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan kepada UNESCO pada awal 2023.

Dan disambut baik oleh pihak Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Seni Kebudayaan (MOTAC).

Selain itu MMK juga bakal terlibat dalam pertunjukan Fesyen yang akan mempamerkan kebaya di China bersama negara ASEAN yang lain

“Malaysia akan diwakili oleh Miss Malaysia Kebaya di Shanghai Fashion Week Stage Show ( Trade Show) pada 8 hingga 15 Oktober diikuti Bangkok, Jakarta dan ibu negara ASEAN yang lain untuk mempromosikan pelancongan fesyen adalah rancangan kami untuk 2023 hingga 2025.” Jelasnya.

Penglibatan kolej dan universiti awam dan swasta digalakkan untuk mendedahkan generasi muda kepada budaya yang harus dipelihara.

Artikle Berkaitan ;>

Tourism Malaysia lancar tawaran menarik penebusan e-baucar pusat penginapan

 

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button