NasionalpilihanTravel

Tourism Malaysia lancar tawaran menarik penebusan e-baucar pusat penginapan

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) bagi Kluster Penginapan dalam usaha menyemarakkan pelancongan domestik seiring peralihan ke fasa endemik.

Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang merupakan kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0), adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Industri Pelancongan yang melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Di bawah Kluster Penginapan, dianggarkan seramai 33,830 rakyat Malaysia berpeluang menebus tawaran e-baucar bernilai antara RM50 sehingga RM100 menerusi pembelian bilik penginapan hotel secara atas talian melibatkan hotel-hotel seluruh Malaysia bermula 15 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022. Penebusan adalah terhad untuk tiga kali penebusan sahaja bagi setiap pemilik MyKad.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri ketika berucap di Majlis Pelancaran Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) bagi Kluster Penginapan di Kuala Lumpur sebentar tadi. Foto: Suara Merdeka

Antara pusat penginapan yang terlibat adalah hotel-hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (HSM).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata, pelancaran inisiatif ini bertujuan menarik minat orang ramai khususnya Keluarga Malaysia untuk terus membuat tempahan bilik penginapan hotel pada harga diskaun yang istimewa dan seterusnya melaksanakan aktiviti pelancongan domestik.

Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC Mohd Zamri Mat Zin, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Ramlan Ibrahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Hj. Zainuddin Abdul Wahab serta wakil-wakil dari industri perhotelan yang terlibat.

Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) pula menawarkan rebat bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM170 (bilik standard) atau RM210 (bilik keluarga) untuk 5,970 pembeli terawal.

“Kerjasama strategik yang dijalinkan oleh Tourism Malaysia bersama persatuan- persatuan ini disasarkan untuk merangsang kembali pemulihan industri pelancongan sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) akan menawarkan e-baucar bernilai RM100 dengan nilai pembelian minimum RM150 untuk 19,900 pembeli terawal manakala Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) menawarkan e-baucar bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM60 untuk 7,960 pembeli. Kesemua e-baucar boleh diperolehi di aplikasi Shopee.

Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM) pula menawarkan rebat bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM170 (bilik standard) atau RM210 (bilik keluarga) untuk 5,970 pembeli terawal. Tempahan di Rangkaian Hotel Seri Malaysia boleh dibuat secara jumpa terus (walk-in), e-mel atau telefon.

Datuk Seri Hajah Nancy Shukri ketika sesi sidang media. Foto: Suara Merdeka

MOTAC melalui agensi promosi Tourism Malaysia telah melancarkan program PRE2.0 pada 17 Mei 2022 yang memberikan tawaran diskaun dan rebat di bawah sektor persatuan agensi pelancongan, pengangkutan darat, taman tema, selam skuba, inap desa dan pengangkutan udara.

Secara keseluruhannya, Program Pelan Pemulihan Pelancongan (PRE2.0) ini akan memberikan manfaat kepada semua Warga Keluarga Malaysia untuk menikmati inisiatif yang telah ditawarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > Tawaran menarik penebusan e-baucar untuk tiket penerbangan domestik

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button