NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda rasmi Laman Minda Sharifah Khatreena Nuraniah di SMK TLS

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Laman Minda Sharifah Khatreena Nuraniah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar.

Laman ini merupakan cetusan usaha dan idea Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pembimbing rakan sebaya SMK Tuanku Lailatul Shahreen (TLS) sebagai satu tempat riadah dan rehat minda untuk seluruh warga sekolah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menunjukkan kad “awesome” semasa berkenan merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Terdapat juga sudut Air Terjun Terapi Minda dan sudut Info Kawalan serta Penjagaan Kesihatan Emosi, Fizikal dan Mental dan sudut Permainan Minda Sihat seperti Rubric Cube, Dam Draught, Vocable serta permainan tradisional congkak.

Berangkat sama ke Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 bertemakan ‘Perlis Hebat – Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’ Bagi Peringkat SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra sekolah tersebut di Jalan Padang Behor ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus, Penyelaras Program Titian Kasih Mega, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir dan Pengetua Sekolah, Noorihal Muhammad.

Raja Muda Perlis bertitah bahawa didikan agama yang teguh merupakan elemen penting untuk menyemai integriti dan intelektual dalam kalangan pelajar kerana mereka dapat membezakan antara kaca dengan permata.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bertitah merasmikan Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menambah bahawa pelajar yang mematuhi peraturan sekolah dan kekal berdisiplin juga merupakan asas untuk menyemai integriti dalam kalangan pelajar ciri-ciri pelajar yang berjaya antaranya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

“Para pelajar perlu berketerampilan dan mempunyai identiti yang positif untuk menjadi murid yang berjaya”, titah Baginda lagi.

Seramai 322 pelajar terlibat sama bagi menjayakan program anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan NegerI Perlis.

Menurut Noorihal, ‘Bagi tahun 2023, murid-murid SMKTLS telah mewakili Perlis dalam permainan Kriket, Softball, Bola Jaring, Bola Baling, Tenis dan juga Kejohanan Bakat Menembak Kebangsaan Siri 2/2023 Sukan Menembak Remaja Bawah 16 Tahun’.

Sekolah ini juga telah menjadi Johan peringkat negeri dalam National ICT Security Discourse dan Johan dalam Digital Story Telling Animation serta mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam National Science Challenge.

Pelajar tingkatan 4, Nukman Atif Abdul Azim telah dilantik menjadi Penghulu kepimpinan anjuran YSTP Perlis di Pulau Pinang dan juga Penghulu kem kepimpinan Pengawas peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan merasmikan Laman Minda Sharifah Khatreena Nuraniah sempena Program Titian Kasih Mega Tahun 2023 Bagi Peringkat SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Akmal Muhaimin Baharuddin pula telah menjadi Johan Qiraatussab’ah Menengah Atas dalam pertandingan Mahrajan Program Pembangunan Adab Dan Nilai (MPPADNI) Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 dan mewakili negeri Perlis di Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pahang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan agar segala input dan maklumat yang telah dikongsikan oleh para penceramah sempena program ini akan memberikan manfaat kepada pelajar.

Baginda berharap agar program ini dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar dan dijadikan sebagai panduan serta pegangan untuk mereka menjadi manusia yang lebih baik. – SM

BACA 2,048 mahasiswa UniMAP bertuah bertemu Raja Muda, Raja Puan Muda

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button