Nasional

Kaukus Dewan Negara sambut baik PKP2.0

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19) disambut baik Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara.

Penguatkuasaan semula PKP kali kedua itu dilihat sebagai strategi terbaik bagi menyusun semula gerak kerja lebih efektif untuk menangani kes baharu Covid-19 setiap hari.

Langkah tersebut dikatakan signfikan untuk melandaikan lengkunan penularan wabak berikutan terdapat jangkaan menyatakan kes baharu Covid-19 boleh mencecah sehingga 8,000 sehari.

Perkara itu amat dibimbangi kerana menyebabkan pelbagai implikasi terutama terhadap kesihatan rakyat dan kesan kepada ekonomi negara.

“Demi kesejahteraan rakyat di negara ini, saya melahirkan keyakinan bahawa tempoh selama 14 hari adalah diharapkan dapat memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

“Saya juga berharap agar nilai R-naught semasa yang berada pada paras 1.1 bagi kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia, menurun dalam tempoh 14 hari PKP bermula Rabu ini.

“Walaupun jangkaan unjuran kes harian di negara ini dijangka boleh mencecah sehingga 5,000 kes sehari pada minggu kedua bulan April 2021 dan akan melonjak kepada 8,000 kes sehari pada minggu keempat bulan Mei 2021.”

Kata pengerusi kaukus itu, Senator Datuk Razali Idris dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri semalam yang menguatkuasakan PKP2.0 selama 14 hari bermula esok (13 Januar) hingga 26 Januari 2021.

Langkah tersebut diambil kerajaan susulan kes baharu jangkitan Covid-19 yang begitu tinggi setiap hari dan perkhidmatan kesihatan negara kini berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun, Razali memberitahu kerajaan perlu meneliti penilaian selepas dua minggu sama ada tempoh tersebut perlu dilanjutkan ataupun tidak.

“Namun, kerajaan juga wajar meneliti penilaian selepas tempoh itu sama ada perlu ada lanjutan kedua untuk tempoh dua minggu bergantung kepada kadar kes yang diperolehi secara harian.

“Kesejahteraan rakyat dan kesihatan awam adalah keutamaan sekarang demi kestabilan negara dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Sebarang desakan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah tidak bersesuaian pada waktu kesukaran kini,” katanya.

Beliau juga berharap rakyat terus tabah dalam menghadapi saat sukar dan kepayahan sekarang termasuklah situasi banjir yang melanda Pantai Timur serta di Johor. – SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button