Hiburan

Neelofa doakan mereka terkesan PKP

SEJAK wabak Koronavirus (Covid-19) bertebaran menjangkiti seluruh pelusuk dunia, semakin ramai yang terkesan tambahan lagi dengan kes yang semakin melonjak naik di Malaysia.

Ekoran kes yang mencanak naik, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah diumumkan petang semalam yang akan bermula 13 Januari ini.

Tidak cukup dengan itu, terbaharu, pengumuman darurat turut dikeluarkan oleh istana negara pagi ini.

Selebriti terkenal, Neelofa, tampil menyuarakan kebimbangannya buat mereka yang terkesan dalam situasi sebegini.

Neelofa memuat naik satu post di akaun Twitternya mendoakan semua individu yang terkesan dengan situasi PKP2.0 ini termasuklah golongan usahawan dan ‘freelancers’.

“Buat yang terkesan dengan PKP2.0 seperti usahawan dan freelancers, semoga Allah swt sentiasa lapangkan rezeki kalian dari pelbagai sudut.

“Buat yang masih mempunyai kerja dan bekerja secara WFH, kerjalah dengan penuh ikhlas dan bersyukurlah masih ada rezeki bekerjaya,” katanya. – SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button