Politik

Menjawab tulisan Puad terhadap Annuar

1. Puad Zarkashi didalam Entry FB beliau kata Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa tidak memahami situasi politik hari ini.

Tajuddin Rahman bukan dipecat. Tajuddin digugurkan dan diganti dengan orang lain.

Puad kata, menggugurkan orang yang dilantik dan digantikan dengan orang lain adalah normal.

Puad juga kata, Annuar Musa silap bila kata, Tun M tidak pernah pecat sesiapa dari UMNO. Puad kata, Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan TPM.

*REALITI POLITIK.*

2. Agak mengecewakan apabila membaca tulisan Puad ini. Seorang Ahli MKT UMNO Malaysia dan kini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

3. Betul la. Sesiapa yang dilantik oleh Presiden, boleh digugurkan dan diganti dengan orang lain.

Tetapi alasan gugurkan Tajuddin kerana mengkritik Presiden didalam MKT, sesuatu yang amat sukar untuk diterima didalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi bukan diktator.

4. Sudah 2 kali Tajuddin digugurkan. Pertama, sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO dan terkini, Ahli MKT UMNO Malaysia.

Alasan kerana Tajuddin bakal menjawat jawatan Duta Besar Malaysia di Jakarta juga tidak masuk akal. Dulu, ramai pemimpin UMNO yang lain pernah menjawat jawatan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Indonesia dll, tidak pula diarahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli MT UMNO.

5. Perkara Kedua, tulisan Puad juga cuba mengelirukan Rakyat dengan menyatakan bahawa Anwar Ibrahim pernah dipecat oleh Tun Mahathir dari UMNO.

Puad. Oh Puad !

Bacalah betul-betul kenyataan Annuar Musa, Annuar kata, Tun Mahathir tidak pernah memecat sesiapa pun dari parti UMNO, yang menentang ataupun mengkritik Tun didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO secara terbuka walaupun mereka itu seorang Menteri atau Timbalan Menteri.

Perlu diperingatkan kepada Puad dan penyokong-penyokong tegar Puad, bahawa Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 bukan kerana mengkritik Tun M tetapi kerana Anwar berhadapan dengan Kes Sodomy dan Penyalah-Gunaan Kuasa.

Anwar Ibrahim dipecat kerana kesalahan moral dan pada April 1999, Anwar didapati bersalah diatas kedua-dua tuduhan oleh Mahkamah dan dipenjarakan.

Fakta-fakta ini amat jelas dan boleh dilihat semula sekiranya dibuat sedikit kajian.

6. Akhirnya, adalah *UN-CALL FOR* untuk Puad Zarkashi menyerang Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multi Media sedemikian dengan fakta-fakta yang salah.

*PERSOALAN-NYA.*

7. Perlu ditanya sejujur-jujurnya, benarkah pemecatan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998, tidak membawa kesan kepada parti UMNO ?

Benarkah pemecatan Muhyiddin Yassin pada tahun 2015, tidak membawa kesan kepada UMNO ?

Benarkah dengan pemecatan Tajuddin Rahman pada Jun 2022 ini, tidak akan membawa kesan kepada UMNO ?

8. Masalah kita dalam politik ialah apabila suatu pihak itu berada didalam denial selalu, takut untuk berhadapan dengan Realiti Sebenar.

Dan takut menyatakan bahawa *SPADE IS A SPADE.*

Melihat keadaan ini, secara realitinya, Orang Buta pun tahu, apa kesan terhadap pemecatan-pemecatan yang berlaku selama ini.

9. Rakyat melihat, sepatutnya seseorang pemimpin tertinggi parti, bebas untuk dikritik oleh siapa sahaja demi untuk kebaikkan parti dan negara.

Tajuddin Rahman tidak terkecuali. Dia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan beliau.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button