Hiburan

Mengaku transgender, Isma tak peduli dengan kecaman

PELAKON, Azma Aizal Yusoof atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof tidak peduli dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya selepas dia mengaku dirinya sebagai seorang transgender.

Bagi pelakon drama Sutun 2 itu, Malaysia adalah sebuah negara bebas dan sesiapa sahaja berhak untuk membuat atau melemparkan apa sahaja komen terhadap sesiapa.

“Ibaratnya kalau kita sendiri yang pilih untuk masuk kolam, kita kenalah terima hakikat yang kita akan basah selepas itu.

isma

“Sama juga dengan kecaman, bila saya mengaku sebagai seorang transgender, kenalah terima dengan kecaman orang lain dan sebagainya,” katanya kepada Suara Merdeka baru-baru ini.

Menurut Isma, kecaman itu hanyalah perkataan sahaja kerana apa yang penting ialah diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan tahu bagaimana diri kita yang sebenarnya.

BACA> Lelaki Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh ketua jururawat

“Yang kecam itu tidak pernah bayar bil saya pun. Tidak pernah tahu kesihatan mental saya pun.

“Bukan saya tidak peduli dengan kecaman, cuma saya beranggapan perkara itu tidak penting. Lagipun kecaman tu hanya pedih di telinga sahaja, tak keluarkan darah pun,” kataya.

Jelas Isma, orang yang kecam itu pun sebenarnya hanya tahu satu sisi cerita tentang dia sahaja dan tidak tahu bagaimana kehidupan sebenarnya.

Ditanya mengapa Isma memilih untuk bersikap terbuka mengenai status dirinya apatah lagi golongan transgender ini boleh dikatakan sebagai isu sensitif dalam negara, jelas Isma, dia sudah penat menipu dirinya.

“Selepas saya berhenti dari industri seni selama dua tahun duduk di Langkawi, saya berkenalan dengan ramai rakan-rakan di seluruh dunia.

BACA> Air oh air: Gangguan bekalan sehingga esok petang

“Sejujurnya, mereka terima saya dan hargai diri saya seadanya. Di mana saya tidak perlu berlakon untuk menjadi seorang lelaki sejati di hadapan mereka.

“Itu yang membuatkan saya fikir bahawa kenapa saya nak tipu diri sendiri selama ini sehinggakan saya sendiri penat,” katanya.

Jelas Isma, dulu dia keliru sisi mana yang perlu ditonjolkan ke khalayak umum hingga dirinya berasa penat.

Tambahnya, dia hanyalah pelakon di hadapan kamera sahaja dan bukannya di luar.

“Selepas saya tonjolkan diri yang sebenar, barulah rasa gembira sebab lega kerana tidak perlu lagi berpura-pura,” jelasnya -SM

(Visited 10,601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button