Nasional

Menara Internet baharu akan dibina di kawasan Pakan, Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum dan bersimpati dengan kesusahan yang dihadapi oleh seorang pelajar dari Pakan, Sarawak yang terpaksa mendaki bukit semata-mata untuk mengikuti sesi temu ramah bagi kemasukan ke sebuah universiti tempatan akibat masalah capaian Internet di rumah panjang beliau seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima, perkhidmatan Internet Wifi sedia ada di rumah panjang Suin, Ulu Kemalih, Pakan adalah di bawah projek Sarawak Linking Urban Rural and Nation (SALURAN Wifi) yang merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan negeri melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Dalam pada itu, SALURAN Wifi adalah perkhidmatan Internet yang menggunakan teknologi satelit dan mampu memberikan purata kelajuan sehingga 25Mbps.

Perkhidmatan tersebut disediakan sebagai langkah interim bagi memberikan liputan internet kepada penduduk di rumah panjang Suin dan sekitarnya.

Untuk langkah jangka masa panjang, sebuah menara baharu telah dirancang untuk dibina dan kini dalam peringkat tender oleh pihak Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) untuk memberikan liputan 4G di kawasan tersebut.

Pihak MCMC akan bekerjasama dengan SMA untuk mengenalpasti kaedah capaian yang lebih sesuai bagi memastikan tahap kualiti pengalaman (Quality of Experience) yang lebih baik ke atas perkhidmatan Internet Wifi SALURAN sedia ada di rumah panjang Suin.

Langkah tersebut penting bagi membolehkan para penduduk setempat termasuk pelajar yang terkesan itu dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran selain melakukan urusan harian dengan lancar. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button