Nasional

Bukti vaksinasi tidak diterima, 15 pelancong Malaysia terkandas di Filipina

SERAMAI 15 pelancong Malaysia kini terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila kerana tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak imigresen.

Menurut laporan The Star, seorang pelancong berkata, mereka dimaklumkan oleh pihak imigresen negara itu bahawa mereka tidak menerima bukti vaksinasi menerusi sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera.

Selain itu, mereka bukan sahaja dihalang masuk Filipina malah pasport mereka turut dirampas dan bakal dihantar pulang pada Selasa ini.

Bagaimanapun, penumpang yang berada dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi menerima vaksin di Singapura atau United Kingdom dibenarkan memasuki negara itu.

“Pasport kami telah dirampas dan kami diberitahu akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai,” katanya.

“Pihak imigresen Filipina memberitahu kami bahawa kami perlu divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

15 penumpang di mana 13 daripadanya adalah warga Malaysia dan dua lagi warganegara asing tiba di Filipina atas urusan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.

Isu tersebut telah mendapat perhatian Duta Besar Malaysia ke Filipina dan difahamkan beliau telah menemui penumpang yang terkandas dan kini sedang cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian.

“Kami diberitahu bahawa Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis lalu namun tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.

“Mereka cuba sedaya upaya untuk berunding dengan imigresen bersama-sama pasukan Malaysia Airlines, tetapi tidak berjaya dan kini semua rakyat Malaysia terkandas,” kata penumpang itu.

Imigresen Filipina juga menegaskan bahawa Kedutaan Malaysia perlu menunggu sehingga pagi Isnin untuk berhubung dengan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan kelulusan. -SM

(Visited 509 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button