NasionalPolitik

MB: “Perlis Baharu” tunai janji manifesto

LANGKAH pertama kerajaan “Perlis Baharu” akan menunaikan dahulu janji manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, janji ini mesti ditunaikan dahulu sebagai menghargai jasa rakyat yang memilih PN sebagai kerajaan baharu di Perlis.

Bagaimanapun katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan memberikan layanan sama rata untuk semua.

“Tak kiralah sama ada dalam PRU15 lalu, ada rakyat yang telah memilih parti lain tetap akan dibantu,” katanya pada sidang media pertama di pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan di sini petang ini.

Beliau juga telah selesai memgangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis Ke-8 di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
di Istana Arau pada pukul 4 petang ini.

Mohd Shukri berkata, beliau juga bercadang untuk meneruskan projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sebagai orang baharu di dalam kerajaan, Mohd Shukri memberitahu beliau tidak akan malu untuk mengambil pandangan bekas exco kerajaan negeri sebelum ini.

“Mereka sudah ada pengalaman yang boleh dikongsi bagi memastikan segala perancangan dan projek kerajaan sebelum ini dapat diteruskan,” katanya.

Beliau juga berharap akan mendapat bantuan dan pandangan dari semua ketua-ketua jabatan kerajaan bagi memacu “Perlis Baharu” dengan lebih mantap. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button