Nasional

FTV UPSI buka Butik Benang serlah kreativiti, minda keusahawanan mahasiswa

KAKITANGAN Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran untuk berani meneroka idea dan bidang baharu yang boleh memupuk minda keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika berucap merasmikan butik inkubator Benang kelmarin berkata usaha Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) UPSI membuka butik berkenaan juga mencerminkan keberanian kakitangan dalam meneroka idea baharu untuk menjana pendapatan universiti.

Md Amin menandatangani plak pelancaran sebagai tanda merasmikan Butik Benang yang diusahakan Fakulti Teknikal dan Vokasional.

Butik Benang yang terletak di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) digerakkan oleh Ketua Jabatan Keluarga dan Sains Konsumer FTV, Dr Zahidah Abd Latiff bersama dua pereka selain mahasiswa di bawah FTV.

Katanya, dengan tertubuhnya butik Benang mahasiswa akan berpeluang melaksanakan idea yang kreatif, hasil ilmu yang dipelajari dalam kurikulum untuk diterjemahkan di butik ini selain produk yang dihasilkan menjadi tanda aras baharu bagi membuktikan kepada masyarakat luar dan dunia bahawa mahasiswa UPSI mampu melahirkan fesyen pakaian berkualiti bertaraf dunia.

Md Amin melihat koleksi pakaian yang dijual di Butik Benang yang terletak di Kompleks Bitarasiswa.

Beliau berkata dengan penubuhan butik ini, mahasiswa akan didedahkan dengan erti kehidupan sebenar bagaimana cara untuk menghadapi kerenah pelanggan selain daripada pembelajaran teori, impian dan igauan.
“Dunia fesyen dan rekabentuk fesyen pada hari ini, katanya, sudah bergerak ke arah teknologi untuk menghasilkan produk berkualiti dengan harapan ianya dapat membantu setiap pusat tanggungjawab, persatuan yang ada di UPSI untuk mendapatkan tempahan produk fesyen yang berkualiti daripada pelajar dan kakitangan FTV.

Menurut Md Amin, kaedah pembelajaran hari ini perlu disertai kurikulum kehidupan sebenar demi melahirkan mahasiswa berani ke hadapan serta minda kelas pertama.

“Dunia fesyen dan rekabentuk fesyen pada hari ini sudah bergerak ke arah teknologi untuk menghasilkan produk berkualiti dan diharapkan warga UPSI serta setiap pusat tanggungjawab, persatuan yang ada di UPSI untuk mendapatkan tempahan produk fesyen yang berkualiti daripada pelajar dan kakitangan FTV”, katanya.

Sementara itu Dekan FTV, Dr Mohd Azlan Mohammad Hussain berkata inisiatif ini bakal melahirkan mahasiswa berminda keusahawanan yang akan menggunakan pengalaman dan kebolehan yang dipelajari di butik ini untuk digunakan semasa mereka bergraduat dan apabila berkhidmat di sekolah selain membina satu ekosistem keusahawanan berdasarkan ilmu pengetahuan berkenaan”, jelas beliau.
“Butik ini juga akan menjadi pusat penyelidikan kepada pensyarah dalam bidang untuk melahirkan penemuan-penemuan baharu dalam fesyen, rekabentuk dan keusahawanan yang akan meningkatkan kecemerlangan pensyarah untuk dilaporkan kepada dunia”, jelasnya lanjut.
Ia juga sebagai rujukan mahasiswa untuk projek keusahawanan pelajar, aplikasi pembelajaran dalam bidang fesyen dan rekaan fesyen, perkhidmatan tempahan baju,  dan sebagai pusat latihan keusahawanan dalam bidang fesyen.

“Mahasiswa memiliki berminda keusahawanan yang akan menggunakan pengalaman dan kebolehan yang dipelajari di butik ini untuk digunakan semasa mereka bergraduat dan melaksanakan perkara yang sama terutamanya di sekolah yang akan ditempatkan serta membina satu ekosistem keusahawanan yang kuat berdasarkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan”, jelas beliau.

Antara kakitangan dan mahasiswa FTV yang bekerja keras membangunkan butik inkubator Benang.

“Butik ini juga akan menjadi pusat penyelidikan kepada pensyarah dalam bidang untuk melahirkan penemuan-penemuan baharu dalam fesyen, rekabentuk dan keusahawanan yang akan meningkatkan kecemerlangan pensyarah”, jelasnya lanjut.

Butik Benang, katanya, dapat dijadikan sebagai rujukan mahasiswa untuk projek keusahawanan, aplikasi pembelajaran dalam bidang fesyen dan rekaan fesyen, perkhidmatan tempahan baju, pengubahsuaian, sekaligus satu menggalak inisiatif FTV earn & learn dalam kalangan mahasiswa.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin serta Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman. -SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button