Politik

“Benar.. Sayalah Ketua Menteri Melaka yang baharu itu,” – Ab Raub Yusoh

Hanya beliau dan tiada calon lain.. hanya nama Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang disebut-sebut bahawa telah disahkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka baharu.

Setelah lama setia dengan parti sehingga menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, keputusan menyahut jawatan Ketua Menteri Melaka pasti cukup bermakna buat Ab Raub.

Bayangkan jika orang ramai bertanya kepada beliau selepas jam 3 petang nanti sekiranya majlis angkat sumpah berjaya dilaksanakan, apakah beliau benar-benar Ketua Menteri Melaka yang baharu?

Pasti Ab Raub akan menjawab:

“Benar.. sayalah Ketua Menteri Melaka yang baharu itu.”

Padah Sulaiman Md. Ali kurang sihat

Padah kurang sihat, kadang pening, demam..  Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang merupakan Ketua Menteri Melaka Ke-12 terpaksa meletakkan jawatan.

Mengulas tentang surat pengesahan meletakkan jawatan, Sulaiman berkata:

“Apa nak komen lagi yang bercakap dan keluar statement pihak kerajaan negeri, my Presiden, apa yang dicakap itulah dia. Itu jer.”

Katanya, beliau sudah penat dan ingin memberi peluang kepada orang lain menjadi Ketua Menteri.

Ditanya mengenai perjanjian dengan Presiden UMNO sehingga beliau rela melepaskan jawatannya, Sulaiman berkata:

“Memang tidak ada perjanjian. Bulan puasa ini tak boleh cakap bohong tau. Saya cakap ini ikhlas, saya tak mahu dah dan bagi peluang pada orang lain pulak.”

Kemelut Melaka diselesaikan dengan semangat perpaduan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri telah memberi ‘hint‘ bahawa Melaka akan mempunyai barisan EXCO Kerajaan Negeri yang baharu susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

“Saya sudah mengadakan perbincangan kerana majlis angkat sumpah akan diadakan pada petang esok, dan tentunya ia akan diikuti dengan penstrukturan semula barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

“Bagaimanapun, saya belum memperoleh senarai nama cadangan daripada Ketua Menteri Melaka yang baharu. Namun saya yakin semangat kerajaan Perpaduan yang wujud di peringkat nasional dapat diterjemahkan di Melaka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Melaka bukan hanya akan mendapat Ketua Menteri yang baharu petang esok malah barisan EXCO Kerajaan Negeri yang distruktur semula.

Katanya, pelantikan EXCO kerajaan Negeri Melaka yang baharu itu, akan diselesaikan menerusi semangat perpaduan.

“Saya sudah mengadakan perbincangan kerana majlis angkat sumpah dan tentunya ia akan diikuti dengan penstrukturan semula barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.

“Bagaimanapun, saya belum memperoleh senarai nama cadangan daripada Ketua Menteri Melaka yang baharu. Namun saya yakin semangat kerajaan Perpaduan yang wujud di peringkat nasional dapat diterjemahkan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik Sungai Balang di sini pada Khamis.

Ab Raub angkat sumpah 3 petang

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diadakan jam 3 petang Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dalam kenyataannya pada Khamis berkata, istiadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri. – SM

 

(Visited 723 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button