fbpx
PolitikPRK

Ketua Menteri Sabah angkat sumpah hari ini

GRS dapat 41 ADUN

Mesyuarat para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah di Hotel Magellan Sutre di Kota Kinabalu mendedahkan PN, BN dan sekutunya sekarang memiliki 41 kerusi DUN dan mahu calon mereka mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baru hari ini.

Berdasarkan kepada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi laluan kepada pemimpin Bersatu kerana parti itu paling banyak memenangi kerusi Hajiji Mohd Noor dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Para pemimpin GRS bercadang untuk ke istana negeri bagi mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

GRS yang memenangi 38 kerusi mendapat tambahan tiga kerusi lagi apabila calon Bebas menyokong kerajaan baharu.

Ini memberikan majoriti 41 berbanding 32 kerusi milik Warisan Plus yang diterajui Mohd Shafie Apdal.

Tiga ADUN Bebas itu ialah Rubin Balang (Kemabong), Ruddy Awah (Pitas) dan Masiung Banah (Kuamut).

Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menang tujuh kerusi DUN dikatakan tidak hadir mesyuarat tengah hari ini tetapi telah mengeluarkan kenyataan menafikan parti itu bekerjasama dengan gabungan Warisan Plus.

Sementara itu, Setiausaha Agung Annuar Musa berkata di Twitter bahawa semua 41 Adun GRS plus bertemu untuk pertama kali pada hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button