Nasional

Lesen Pengeluaran Filem, SSP untuk terbitkan filem wajib dimohon

Agensi arus perdana, media personal tidak terkecuali

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan, semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem masing-masing sama ada di platform media sosial atau saluran tradisi.

GAMBAR HIASAN

Beliau berkata, keperluan berbuat demikian merangkumi semua yang terbabit dalam penerbitan penggambaran, tidak kira sama ada mereka dari agensi media arus perdana atau pun media personal.

Saifuddin berkata, merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 Seksyen 22 (1), tiada seseorang pun boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Seksyen 21 (1) melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian,“ katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (DAP-Kluang) yang mahu tahu sama ada semua penerbit filem wajib membuat permohonan tersebut.

Saifuddin berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui FINAS berfungsi mengawal selia aktiviti perfileman melalui usaha memelihara dan memajukan industri perfileman negara berdasarkan Akta Perbadanan FINAS 1981 dan perundangan-perundangan kecil di bawahnya. – BERNAMA – SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button