fbpx
Politik

BN pilih peguam sebagai calon PRK Parlimen Kimanis

SEORANG peguam, Datuk Mohamad Alamin telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan berkenaan yang akan berlangsung pada 18 Januari nanti.

Datuk Mohamad Alamin atau lebih dikenali dengan panggilan Moh merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan dan merupakan anak tempatan kawasan terbabit.

Mohamad yang merupakan Ketua Umno bahagian Kimanis,  berusia 47 tahun dan memiliki memiliki Ijazah Undang-Undang (LL.B) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Bilik Gerakan BN PRK Parlimen Kimanis hari ini.

PRK Kimanis diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman ketika PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menjadikan ia PRK ke-10 selepas PRU-14.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Parlimen P176 Kimanis diadakan pada 18 Januari 2020. Penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Januari.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button