JenayahNasional

Syarikat pengendali umrah diarah bayar ganti rugi RM5 juta

SERAMAI 500 bakal jemaah umrah boleh menarik nafas lega apabila hakim Mahkamah Rayuan mengarahkan sebuah syarikat pengendali ibadah umrah memulangkan kos RM10,000 setiap orang.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Rayuan apabila rayuan yang dibawa pihak perayu untuk membatalkan keputusan Tribunal Tuntutan Pengguna sejak 2015.

Madin Al-Syarif Travel Sdn Bhd sebelum ini didakwa gagal melaksanakan perjalanan umrah kepada peserta yang sudahpun mendaftar dan membuat bayaran.

Panel tiga hakim semalam bersetuju tuntutan yang dibawa oleh pengadu dalam prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna adlah sah dan tiada kesilapan.

Pengadu dikatakan mempunyai hak akibat daripada kegagalan syarikat menunaikan janji, sementara peguam, Ahmad Fakhri Abu Samah yang mewakili mereka memberitau peserta mendaftar kebanyakannya datang daripada keluarga kurang berkemampuan.


“Rata-rata peserta umrah tersebut telah bersusah payah menyimpan wang masing-masing yang mana ada yang bekerja sebagai guru, pemandu teksi atau pun menggunapakai wang pencen semata-mata menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarga.

“Namun, penangguhan atas pelbagai alasan diberikan dan membuatkan peserta program berasakan tertipu. Selama hampir tujuh tahun kes ini berlangsung dan harini adalah hari yang dinanti-nantikan.

“Pihak kami akan memulakan prosiding perlaksanaan selepas ini bagi mendapatkan kembali jumlah yang masih lagi gagal dipulangkan oleh pihak syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Perayu adalah diwakili oleh peguam daripada firma guaman Sofenkeli & Co, Siti Farirus dan Radiah sementara pengadu pula diwakili firma Tetuan Fakhri & Co, Ahmad Fakhri, Nurul Atila Mohd. Hanapi dan Fatimah Roslan. – SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button