MahkamahNasionalNegeri

Bekas YDP majlis daerah mengaku tak bersalah terima rasuah RM100,000

SEORANG bekas Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat, Azhar Mohamed Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM100,000.

Tertuduh didakwa atas empat tuduhan membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen hari ini.

Azhar, 48, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas tuduhan menerima suapan antara Julai 2017 dan April 2019 daripada Azizul Ab Majid ketika mereka mempunyai hubungan kerja rasmi.

Menurut laporan FMT, jika sabit kesalahan, Azhar berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan pertama, Azhar didakwa menerima RM60,000 daripada Azizul di pejabat Majlis Daerah Kuala Langat di Banting, Selangor, pada 14 Julai 2017.

Tuduhan kedua menyatakan dia menerima RM10,000 daripada Azizul di Taman Casa Mekar di Sungai Merab, Sepang, Selangor, pada 6 September 2017.

Bagi tuduhan ketiga, Azhar didakwa menerima RM20,000 daripada lelaki yang sama di Amverton Cove Golf & Island Resort di Jalan Pulau Carey, Kuala Langat pada 18 Disember 2017.

Menurut tuduhan keempat pula, dia dikatakan menerima RM10,000 lagi daripada Azizul di Taman Casa Mekar pada 30 April 2019.

Azhar mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Hakim Rozilah membenarkan Azhar diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 26 Oktober ini.

Azhar diwakili Peguam Ariff Azami Hussein manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Yusriza Zulkifli. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button