Nasional

Mangsa banjir Alor Gajah meningkat

Lebih ramai orang telah dipindahkan dari kediaman masing-masing akibat banjir di Alor Gajah, menjadikan jumlah mangsa dipindahkan kepada 38 (daripada 11 keluarga) pagi ini daripada 27 (enam keluarga) malam tadi.

Sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata pusat pemindahan di balai raya Gadek dibuka pada 11 malam semalam untuk menempatkan 11 mangsa daripada lima keluarga.

“Seramai 27 orang daripada enam keluarga masih ditempatkan di SK Durian Tunggal. Mereka dari Kg Bukit Tambun, Kg Bukit Balai, Kg Belimbing Dalam dan Kg Pulau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button