Nasional

Malaysia tetap pilihan Jepun untuk pelaburan – Ismail Sabri

PERDANA MENTERI Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ahli perniagaan dan pelabur Jepun masih yakin dengan Malaysia sebagai hab dan destinasi pelaburan.

Beliau berkata, dalam sesi lawatan kerja rasminya, beliau telah mengadakan sesi libat urus dan ramah mesra bersama hampir 30 syarikat terkemuka Jepun di mana mereka menyatakan hasrat untuk meneroka peluang perdagangan dan meningkatkan pelaburan di Malaysia

Menurutnya, terdapat sebuah syarikat Jepun yang berminat dan telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan operasi di Malaysia bagi mengeluarkan kanta sentuh untuk pasaran serantau, dan sebuah lagi syarikat yang berminat untuk mengeluarkan bateri untuk kereta elektrik.

“Ini adalah potensi besar untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia,” katanya.

“Saya gembira dengan pertemuan di Jepun ini kerana ketua industri masih melihat Malaysia sebagai hab pelaburan terbaik,” katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo pada Sabtu (28 Mei) pada akhir lawatan kerja rasminya ke Jepun.


Beliau berkata berdasarkan interaksinya dengan pelabur Jepun, serta pelabur yang ditemui pada lawatannya ke Qatar dan Amerika Syarikat sebelum ini, mereka menjawab bahawa Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan pilihan kerana kestabilan politiknya.

“Kita yakin Malaysia akan terus jadi destinasi pilihan. Kekalkan kestabilan politik adalah keyakinan pelabur untuk kekal dan sebab itulah kita jadi destinasi pilihan,” katanya.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button