fbpx
Nasional

Malaysia kenakan sekatan ke atas rakyat 23 negara

Sekatan dibuat ekoran kes Covid-19 melepasi 150,000 kes

SEKATAN dikenakan ke atas rakyat Indonesia, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat daripada memasuki Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Negara-negara yang disebut di atas adalah merupakan sebahagian daripada 23 negara yang diletakkan dalam senarai Sekatan Kemasukan Ke Malaysia kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang.

Dalam Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), turut dinyatakan bahawa sekatan itu dilaksanakan ekoran jumlah kes kumulatif positif Covid-19 yang melepasi angka 150,000 kes.

Selain empat negara berkenaan, turut tersenarai ialah Sepanyol, Perancis, Brazil, Argentina, Turki, Chile, Itali, Rusia, Iran, Jerman, Peru dan Iraq.

Turut dihalang kemasukan warganegara mereka ke Malaysia ialah rakyat Colombia, Bangladesh, Filipina, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mexico dan Pakistan.


Pada 3 September lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bera itu berkata, ada beberapa kes yang diberi pelepasan jika ia membabitkan kecemasan ataupun urusan berkaitan hubungan hala dua negara, dengan syarat telah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen.

Ismail Sabri berkata, sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen. – SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button