Sukan

Malaysia idam pingat emas pada WCWC2020

Malaysia sasar pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Woodball 2020 (WCWC2020) yang dijadualkan berlangsung di Perlis pada 24 hingga 30 Julai ini..

Presiden Persatuan Woodball Malaysia (MWA) , Elaine Tan, berkata, keyakinan tersebut berdasarkan peningkatan pencapaian pemain khususnya pemain baharu beberapa tahun kebelakangan ini, namun beliau tidak meletakkan sasaran jumlah pingat.

“Saya yakin Malaysia akan meraih beberapa pingat khususnya pingat emas,” katanya kepada Bernama selepas hadir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWbF), MWA dan Persatuan Woodball Perlis (PWPs) di sebuah hotel, di Kangar, malam tadi.

Majlis itu disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku penaung PWPs.

WCWC2020 yang julung kali diadakan di Perlis itu melibatkan lima vanue kejohanan iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Arau, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Behor Pulai, Kolej Matrikulasi Arau dan Dataran Dato’ Sheikh Ahmad.

Sementara itu, Presiden PWPs, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, berkata, kira-kira 20 buah negara akan menyertai kejohanan ini dan dijangka lebih 3,000 orang akan turut serta menjayakan kejohanan ini.

“Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan adalah Thailand, Taiwan, Korea Selatan dan Indonesia…kita jangka lebih banyak lagi negara akan mengambil bahagian nanti,” katanya.

“Untuk makluman juga, kita telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan WCWC ini juga turut menjadi salah satu kalendar acara dalam Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020),” katanya.

— BERNAMA

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button