Sukan

Sesi latihan kejohanan golf TSM ke-13 bermula

Sesi latihan bagi kejohanan “13TH TSM GOLF CHALLENGE” bermula hari ini di East Course, KLGCC. Permulaan sesi tersebut juga bermaksud bermulanya kejohanan untuk edisi kali ini.

Walaupun kehadiran pemain tidak diwajibkan untuk sesi hari ini, 70 dari 80 pemain yang telah mendaftar untuk bermain hadir untuk melihat dah merasa keindahan yang ditawarkan oleh padang permainan iaitu East Course.

Antara yang dilihat hadir untuk sesi latihan adalah Malcom Ting, Marcus Lim, Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri, bagi kategori lelaki, selain itu, Foon Zi Yu, Mirable Ting dan Allycia Gan bagi kategori wanita.

MGA, Malaysian Golf Association turut menyasarkan beberapa pemain yang dijangka akan mendahului dalam pusingan pertama yang bakal berlangsung esok.

Antara mereka ialah Isaac Chern Yi Tao, Bryan Tan Wei Han, Nateeshvar Anantha Ganesh dan Charlayne Chong Shin dan Maisarahh Hezri.

Harus diberi perhatian lebih ialah Ng Jing Xuen, 15 tahun, yang telah memenangi pingat emas Golf buat negara pada Kejohanan Sukan SEA Kemboja yang baru berlangsung Mei lalu.

Pemenang kejohanan sebelum ini, Adam Ariff Mazri dan Zulaikha Nurziana Nasser, yang kedua-duanya telah melepasi had umur untuk kejohanan ini, tidak menyertai kejohanan kali ini.

Turut hadir pada sesi tersebut ialah Pengerusi Kejohanan Datuk Wan Shalihuddin Wan Ibrahim, Encik Fridaus Manan, Pengerusi Media Kejohanan dan juga Pemegang Amanah, TSMCG, ahli-ahli dan pegawai-pegawai dari Malaysian Golf Association (MGA) serta ibu-bapa pemain-pemain yang memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka.

Sesi latihan tamat pada jam 3 petang, disusuli dengan taklimat kepada pemain oleh Pengerusi Kejohanan ‘13th TSM Golf Challenge’, Datuk Wan Shalihuddin Wan Ibrahim, di dalam taklimatnya, beliau menyeru pemain-pemain untuk mengikuti semua peraturan permainan dan bermain dalam semangat kesukanan yang tinggi.

Beliau turut dibantu, Pengarah Kejohanan, Encik Adnan Othman (MGA/Asian Tour) yang turut mengulangi peraturan-peraturan kejohanan kepada pemain-pemain muda amatur tersebut.

Selain daripada memperolehi mata untuk kedudukan amatur, World Amateur Golf Ranking (WAGR), para pemenang juga berpeluang memenangi jumlah wang tunai yang luar biasa bernilai RM133,800.00 untuk pendidikan mereka dalam sukan golf yang merupakan hadiah terbesar yang ditawarkan didalam kejohanan remaja di Malaysia

GALERI

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button