NasionalParlimen

Makanan tradisi kita nasi lemak, roti canai, teh tarik bukan bah kut teh!

SEJAK bilakah bah kut teh menjadi makanan tradisi dalam kalangan rakyat Malaysia Madani? Itulah pertanyaan yang bermain dalam minda rakyat negara ini kerana makanan kebangsaan Malaysia yang diajukan dalam pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini oleh Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse agak sukar diterima ramai.

Sedangkan laksa tidak diangkat ‘martabatnya’ sebagai makanan tradisi rakyat Malaysia, apatah lagi bah kut teh walaupun ia makanan kaum Cina di negara ini.

BAH KUT TEH hanya dimakan oleh masyarakat Cina di Malaysia tetapi bukan makanan tradisi rakyat Malaysia.

Bukan mahu memainkan sebarang isu tetapi pertanyaan  Jimmy Puah terhadap Kementerian (MOTAC) agak tidak relevan.

Beliau mahu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah usaha Kementerian untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh, laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.

 

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) dalam satu kenyataannya berkata, pihak mereka telah mengambil inisiatif untuk mewartakan makanan warisan di Malaysia di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Pewartaan ini bertujuan melindungi serta memelihara makanan warisan di negara ini agar tidak pupus.

“Sehingga tahun 2023, sebanyak 213 makanan warisan dari pelbagai negeri dan berbilang kaum telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta 645,” katanya.

Katanya lagi, pada Mac 2023, MOTAC telah menghantar pencalonan Budaya Sarapan Malaysia, Malaysian Breakfast Culture ke UNESCO bagi mendapat pengiktirafan di bawah kategori Representative List of The Intagible Cultural Heritage of Humanity.

“Melalui pencalonan ini, Malaysia telah mengetengahkan tentang budaya makan sarapan melalui pengambilan makanan warisan yang telah menjadi kebiasaan dan pilihan rakyat Malaysia berbilang kaum antaranya seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik.

“Sekiranya pencalonan ini berjaya kelak, MOTAC yakin usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi visibiliti Malaysia di peringkat dunia dengan menjadikan Malaysia sebagai tarikan destinasi pelancongan yang kaya dengan dengan kepelbagaian makanan warisan,” jelasnya.

RAKYAT Malaysia makan laksa tetapi jarang sebagai sarapan pagi.

Dalam kenyataan yang sama juga, faktor geografi negara yang berhampiran, tidak mustahil terdapat makanan warisan yang mungkin mempunyai persamaan dengan Malaysia.

Justeru itu di peringkat antabangsa, mekanisme pencalonan secara bersama atau multi-nomination melibatkan negara-negara anggota lain boleh dilaksanakan di bawah Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage.

Perkara ini juga adalah bertepatan dengan perenggan 13 – Operational Guidelines for the Implementation of Convention for the Safeguarding of the Intangible Cultural Heritage yang menggalakkan pencalonan secara bersama sekiranya elemen warisan turut didapati di negara-negara anggota lain termasuklah juga makanan.

Penyenaraian secara bersama dengan negara-negara lain ini dapat memperkukuh dan merapatkan lagi hubungan dua hala antara negara melalui perkongsian budaya yang sama. – SM

BACA Gulai rebung menu enak Bufet Ramadan Hotel Seri Malaysia Perlis

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button