fbpx
Nasional

2021: Teruskan perjuangan – Dr. Noor Hisham

KETUA Pengarah Kesihatan meminta agar semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meneruskan perjuangan mengekang Covid-19.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2021 yang akan menjelma esok, beliau mengingatkan tugas barisan hadapan yang bermula sejak Disember 2019 masih belum selesai dan masih belum menang dalam perjuangan memutuskan rantaian Covid-19.

“Niat di hati harus dikekalkan, apa jua cabaran yang mendatang, kita utuh berdiri untuk meneruskan perjuangan ini.

“Terima kasih front-liners Malaysia sebagai penghargaan kepada semua wira dan wirawati barisan hadapan yang bertungkus lumus bertugas tanpa henti, sepanjang masa sejak Disember 2019,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurut Dr. Noor Hisha,  perjuangan petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas tidak sama sekali mengharapkan balasan berbentuk pangkat dan pingat.


Mereka juga tidak pernah mengimpikan balasan berbentuk wang ringgit sepanjang melakukan tugas mengekang Covid-19.

Sebaliknya semuanya dilakukan dengan pedoman fisabilillah dan tonggak perjuangan demi pesakit, masyarakat dan negara tercinta.

“Apa yang penting hanyalah keikhlasan menjadi pedoman fisabilillah dan tonggak perjuangan demi pesakit, masyarakat dan negara tercinta. Bukan masanya kita berbalah cari salah dan menuding jari tanpa arah.

“Semoga kita terus cekal berbakti dan mengatur langkah menuju kemenangan iaitu memutuskan rantai Covid-19 dalam negara kita, Selamat tahun baru 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga masyarakat dan negara kita. InshaAllah,” kata Dr. Noor Hisham. -SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button