Nasional

Polis nafi kanak-kanak sekolah diculik di Bukit Rambai

Polis mengesahkan tiada kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rambai diculik seperti yang tular di aplikasi WhatSapp semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, menerusi suara seorang lelaki mengenai kononnya kanak-kanak di sekolah berkenaan diculik oleh sebuah kereta dan
sebuah van di kawasan sama adalah tidak benar.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berdekatan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, dua rakaman suara berdurasi 40 dan 36 saat daripada seorang lelaki tidak dikenali sebenarnya adalah palsu.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu dalam platform media sosial.

“Saya minta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita-berita tidak berasas jika kesahihannya belum ditentukan lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular dua suara tidak dikenali melalui WhatsApp yang mendakwa kononnya berlaku kejadian pelajar sekolah di Bukit Rambai berkenaan diculik dan seorang lagi pelajar dilarikan sebuah van tidak dikenali selepas pelajar terbabit turun dari van sekolah.

Lelaki terbabit turut membuat hebahan kepada orang ramai meminta berhati-hati dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak yang dibimbangi menjadi mangsa penculikan.

Patit berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan iaitu dengan niat menyebarkan ketakutan dan kegentaran awam, selain boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button