KesihatanNasionalPenyakit

5,047 kes baharu Covid-19, 4 kematian

EMPAT kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, dengan jangkitan harian menurun kepada 5,047 kes berbanding 5,230 kes sehari sebelumnya.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, ia membabitkan 5,044 kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,619,045 kes dan 35,848 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 1,273 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 60 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 34 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 40,923 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 39 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,459 orang atau 3.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,770 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,026 kluster dengan 12 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button