Nasional

Makan besar Tahun Baru Cina tidak lebih 15 orang

Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju membenarkan Makan Besar Keluarga sempena Tahun Baharu Cina pada 11 Februari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan majlis tersebut tidak dibenarkan dengan tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat.

Mereka yang menghadiri majlis tersebut merupakan ahli keluarga yang tinggal dalam zon lingkungan 10km radius tanpa rentas daerah dan negeri.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam satu kenyataan berkata, MKN juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.


“Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang yang berikutnya,” katanya.

Jadual waktu sembahyang yang dibenarkan bermula dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang..

Sementara, aktiviti sembahyang pada 19 Februari dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi “Hokkien Clan”.

“Pegawai-pegawai Perpaduan yang telah dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] akan melakukan pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Halimah meminta masyarakat kaum Cina di Malaysia untuk menyambut perayaan tahun dalam norma baharu dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Mereka perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.-SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button