Nasional

Sultan Johor tidak hadir Mesyuarat Khas Raja-Raja

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak hadir Mesyuarat Khas Raja-Raja yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Dimaklumkan, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail  dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V  juga tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Ketidak hadiran Sultan Johor tidak akan digantikan oleh orang lain bagi mewakili Seri Paduka pada pertemuan itu.

Sementara itu, Putera Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial mengatakan, Johor tidak akan menjadi sebahagian daripada keputusan yang menjejaskan Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja dan kesejahteraan rakyat.

Menurut catatan TMJ, mesyuarat itu dijadualkan berlangsung, di mana Yang di-Pertuan Agong berkemungkinan akan memaklumkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai keputusan pelaksanaan pengesahan yang dilakukan sejak beberapa hari kebelakangan ini untuk mengesahkan siapakah yang mungkin mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. – SM

(Visited 2,027 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button