Agama

MAIPs peruntuk hampir RM49 juta untuk sumbangan ramadan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM48,998,466 sempena ‘Sumbangan Ramadan MAIPs Bagi Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2022 Masehi’ ini.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs ke acara simbolik penyerahan sumbangan tersebut yang diadakan di Arau baru-baru ini.

Menurut Mohd Nazim, antara agihan tersebut adalah untuk Program Dakwah Bil Hal MAIPs, Bantuan Fitrah MAIPs, Program Ihya Ramadan Rumah-Rumah Anak Yatim Negeri Perlis, Program Ihya Ramadan Rumah-Rumah Kebajikan Negeri Perlis, Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis, Bantuan Mikro Baik Pulih Rumah, Bantuan NGO Muallaf, Peruntukan Tahunan Kepada Teratak Rahmat Persatuan Al-Islah,
Program Ihya Ramadan Kepada IPT Negeri Perlis, Amilin Petugas Lebaran Rejimen 504 Askar Wataniah, Bantuan Muallaf dan juga
Peruntukan Tahunan Kepada PERKIM Negeri Perlis.

Dalam pada itu Tuanku Raja Muda menitahkan harapan semoga MAIPs akan terus maju ke hadapan, bersemangat serta memperkasakan kembali segala jaringan kerjasama strategiknya dengan agensi-agensi di dalam dan di luar negara bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dan terus berusaha menjayakan semula momentum segala bentuk program dan perancangan demi kebaikan Ummah di negeri dan di rantau ini sepertimana yang telah dilaksanakan pada sebelum era penularan Covid-19 yang lalu.

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button