Agama

Ambil tindakan terhadap penyalahgunaan kalimah ALLAH

MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan kalimah ALLAH agar ia tidak terus menjadi polemik (perbahasan dan perdebatan) dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, tidak salah untuk individu bukan beragama Islam menggunakan kalimah ALLAH selagi ia digunakan dalam konteks yang betul.

“Sebagai contoh, kalimah ALLAH yang terdapat pada logo pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kalimah ALLAH dalam lagu negeri dikira tidak salah walaupun ia digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas pelancaran Kempen Perlis Berzikir hari ini.

Terdahulu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis itu.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mohd Asri berkata, orang ramai perlu tahu penggunaan kalimah ALLAH dalam konteks yang betul.

“Penggunaan kalimah ALLAH dalam konteks yang salah adalah penggunaan yang tidak merujuk kepada Tuhan Yang Esa, bermotifkan provokasi agama, menimbulkan ketegangan awam atau meletakkan kalimah di tempat yang tidak betul seperti di berhala dan sebagainya,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata, larangan penggunaan kalimah itu tidak boleh dilakukan secara mutlak kerana ia bercanggah dengan keadaan yang sedia ada dan menjadi satu budaya dalam masyakat.

Katanya orang Islam juga perlu menjaga penggunaan kalimah ALLAH dan antara penyalahgunaan yang sering dilakukan ialah meletakkan kalimah Allah pada azimat atau tangkal.

Mohd Asri berkata, Kerajaan Negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa pada 2008 membenarkan individu bukan Islam menyebut Tuhan sebagai ALLAH dengan syarat ia digunakan dalam konteks yang betul.

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button