Nasional

Sarawak akan terus benarkan penganut Kristian guna kalimah Allah

KERAJAAN Sarawak tidak akan menghalang penganut Kristian di negeri itu menggunakan kalimah “Allah”.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan berkata, dasar negeri itu terhadap toleransi beragama konsisten sejak pemerintahan dua ketua menteri terdahulu sebelum Abang Johari Openg.

Tidak pernah ada sebarang larangan untuk penganut Kristian di Sarawak menggunakan kalimah “Allah”.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak akan terus mempertahankan dan memelihara toleransi beragama di Sarawak kerana ia merupakan faktor penyatuan utama bagi rakyat di negeri ini,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Kerajaan Persekutuan pada Isnin lalu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mereka.


Notis rayuan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, dengan salinannya diserahkan kepada pendaftar Mahkamah Rayuan serta peguam mewakili Jill Ireland, yang menang dalam permohonan semakan kehakiman itu baru-baru ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pula menyeru kerajaan meneruskan rayuan kes kalimah “Allah” dan akan mengarahkan Majlis Agama Islam Johor mengambil apa-apa tindakan perlu serta wajar untuk menyokong rayuan itu.

(Visited 491 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button