Nasional

MYDIN Parit Buntar sanitasi premis selepas terdapat satu kes Covid-19

KENYATAAN RASMI – Saringan Kesihatan MYDIN Parit Buntar, Perak
18 Mac 2021

1. Pihak Pengurusan MYDIN Parit Buntar, Perak telah menjalankan inisiatif saringan kesihatan terhadap semua kakitangan pada 18 Mac 2021 (Khamis) dengan pengawasan KKM.

2. Ini adalah susulan terdapat pengesanan kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan yang mendapat jangkitan daripada kes di luar premis.

3. Hasil saringan menyeluruh mendapati kesemua kakitangan lain telah mendapat keputusan Negatif

4. Individu positif Covid-19 tersebut sedang mendapatkan rawatan dan kontak rapat pesakit telah dikenalpasti dan dikuarantin mengikut SOP KKM

5. Proses disinfeksi dan sanitasi di seluruh premis telah dijalankan dan pembersihan berkala setiap 2 jam sentiasa dilakukan

6. Operasi MYDIN Parit Buntar adalah seperti biasa dengan pematuhan SOP dan mengikit kebenaran KKM

(Visited 870 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button