fbpx
Hiburan

Main PUBG haram?

BARU-BARU ini permainan dalam telefon yang terkenal iaitu Player Unknown Battle Ground memuat naik ‘mod’ terbaharu dalam permainan tersebut.

Menerusi mod tersebut, pemain perlu melakukan aksi seperti menyembah patung berhala untuk menaikkan semula nyawa dan mendapatkan senjata.

Ternyata mod tersebut menimbulkan isu bukan sahaja dalam negara malah hingga ke Indonesia.

Ramai yang berdebat dengan mengatakan bahawa game tersebut boleh merosakkan akidah dan ada yang terus menjatuhkan hukum haram untuk bermain permainan tersebut.

Bukan mudah untuk menjatuhkan hukum haram sebenarnya kerana ada yang mencari rezeki melalui PUBG iaitu menerusi penstriman secara langsung di Facebook.

Mengulas mengenai perkara ini, penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid memberitahu bahawa pemain perlu berhati-hati dalam bermain apa sahaja permainan video.

Menurut Ustaz Don, orang ramai perlu menunggu pihak bertanggungjawab berkaitan agama dalam negara seperti majlis fatwa untuk menjatuhkan hukum sama ada haram atau tidak.

“Buat masa ini apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengelak daripada bermain PUBG dalam mod yang membuatkan pemain menyembah patung berhala itu.

“Boleh juga main seperti biasa tanpa perlu melakukan aktiviti sembahan pahala untuk mendapatkan tambahan nyawa dan sebagainya,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Bagaimanapun Suara Merdeka mendapati mod tersebut telah pun ditarik balik daripada PUBG. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button