Hiburan

 Pembedahan bariatrik perkara biasa, Lufya Omar lakukannya

LUFYA Omar mengakui, beliau potong usus bukan sebab nak cantik ataupun mahu memikat lelaki sebaliknya penyanyi dan pelakon berusia 36 tahun itu memberi alasan kesihatan.

Beliau berkata, tindakannya melalukan potong usus bukanlah bertujuan untuk kelihatan cantik atau mencari jodoh.

“Sebaliknya prosedur itu dilakukan untuk mendapatkan semula stamina dan kesihatan yang semakin membimbangkan, seiring dengan pertambahan usia,” katanya.

Jelas beliau, apabila kembali sihat dan dapat menurunkan berat badan melalui kaedah potong usus atau bariatrik, beliau menjadi lebih positif.

“Yang lebih utama di sini ialah pembedahan ini berjaya mengawal tahap kolesterol dan penyakit asma yang saya hadapi. Itulah sebabnya saya katakan, saya kurus bukan sebab nak cantik tetapi demi kesihatan,” tegas beliau.

Selepas perkahwinan yang dibina hancur di tengah jalan, Lufya berkata, kalau bercakap soal jodoh, beliau mengakui trauma daripada pengalaman perkahwinan lalu.

Tetapi katanya, semuanya sudah berlaku dan tidak perlu dikenang lagi.

Bercerita lebih lanjut tentang pembedahan bariatrik sebelum Lufya, penyanyi Aishah, Datuk Nora Ariffin (sekadar menyebut beberapa nama) juga menjalani pembedahan bariatrik dan mereka mengakui secara terus terang.

Menggunakan khidmat doktor yang sama bagi menjalani pembedahan bariatrik, Lufya berkata, berlaku perubahan mendadak pada tubuh badannya selepas beberapa hari menjalani pembedahan.

Katanya, berat badannya turun tiga kilogram dan selepas sebulan, beratnya turut sekitar 11 kilogram dari 85 kilogram.

“Sebenarnya saya tidak sedar telah obisiti sehinggalah anak saya menegur dan saya dapati cepat semput walaupun hanya melakukan kerja-kerja ringan.

“Kalau dahulu saya bersenam, diet. Dalam tempoh enam bulan pun baru turun dua kilogram. Target saya untuk turunkan lagi 10 kilogram untuk mendapatkan berat badan yang seimbang,” katanya yang turut mensasarkan untuk kembali berat badan seperti zaman anak dara. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button